Si Jaguh

Pada suatu hari, ade seorang manusia bernama Jaguh. Die nih boleh dikatakan "jaguh" dalam bab2 berlawan nih. Jadi, die sering dicabar oleh pendekar2 yang kuat dari kampong seberang untuk beradu tenaga dengan si beliau ini. Setiap perlawanan yang beliau lawan pasti Jaguh akan menang. Boleh dikatakan tidak ditandingi kekuatan nye. 

Pada satu petang sedang Jaguh memanjat pokok kelapa kerana dahaga, tibe2 die dipanggil oleh orang kampung.

"Jaguh, oooohhhh Jaguh."
"Bising lah orang kampong ni, tidak ditahu nya kah aku tengah sibuk nih??" keluh Jaguh sambil turun dari pokok kelapa.
 "Disini kau Jaguh. Puas aku mencari kau." Kata salah seorang penduduk kampung itu.
 "Kenapa kamu semua mencari aku? Tidakkah kamu tahu yang aku juga sibuk?"
"Maafkan kami. Kami datang ni nak memberitahu kamu yang penduduk kampung seberang sudah kena serang dengan makhluk pelik." kata penduduk kampung dengan resah.
"Dan apa kena mengena dengan aku? Itu bukan urusan aku untuk tahu ini semua." tegas Jaguh sambil meneguk air kelapa muda.
 "Bukan begitu. Kami dengar juga yang makhluk itu akan datang ke kampung kita ! Jadi, kau sebagai penyelamat kampung kita harus mengambil langkah berjaga-jaga demi kesejahteraan kampung kita." kata Ketua Kampung pula.
"Baiklah, akan ku pertahankan tanah kampung kita ini." kata Jaguh dengan bangganya.
Maka, bermulalah sistem keselamatan di kampung itu.(Kampung nih x de name, aku x tau nak name kan kampung ape.haha.)

Hari demi hari, keselamatan kampung itu diperketatkan. Makhluk yang dikatakan agak ganas tuh tidak juga kunjung tiba. Si Jaguh pula sibuk mempersiapkan diri untuk bertemu muka dengan makhluk aneh itu.

Akhirmye, makhluk yang dikatakan kuat itu muncul di kampung itu dengan terbang ke arah Jaguh yang sedang sibuk bertapa di atas sebuah batu. Penduduk kampung yang ade disitu mennyaksikan pertarungan antara Jaguh dan makhluk itu. Makhluk itu memberi tumbukan kekanan Jaguh, Jaguh sempat mengelak dan menyerang ke arah belakang makhluk itu. Makhluk itu jatuh. Kemudian, makhluk itu bangkit semula dan 'melancarkan' tendangan mantap untuk Jaguh, lalu Jaguh tersungkur.

Setelah, beberapa babak berlawan(nak pendekkan cite, penat tangan aku menaip), kedua2 pahlawan itu lelah dek berlawan. Dan tibe2, makhluk itu mengeluar kan bunyi. Ting... Ting... Ting.... Jaguh merasa pelik, dimana datang nye bunyi itu. Makhluk pelik itu bangkit dan terus menyerang Jaguh.

Jaguh rebah. Diperut nye mengalir cecair pekat berwarna merah berlinangan ke tanah. Penduduk kampung yang menyaksikan adegan itu turut terkejut kerana Jaguh yang terkenal dengan kekebalannye apabila berlawan, akhir nye rebah di tangan makhluk pelik.

Makhluk pelik itu merasa bangga kerana sudah menewaskan pendekar hebat dan kuat itu. Salah seorang penduduk kampung itu bertanya kepada makhluk pelik itu dengan rasa terketar ketar kerana takut akan makhluk itu.

"Si... si..siapakah kamu w...wahai ma.. makh... makhluk aneh lagi kuat?"
Jawab makhluk itu dengan riak bangganya.

"Akulah........ Ultraman !!!!! hahahahahahahaha.........."


p/s : Aku dah bosan aku buat lah cite merepek nih...huhuhuhuhuhuhuhuhu....

No comments:

Post a Comment