Sedih apabila kawan-kawan melabelkan aku seorang yang panas baran.. Mengapa aku begitu?? Aku banyak menanyakan soalan ini kepada aku sendiri. Adakah aku ini seorang yang panas baran? Pemarah? Kepala angin? Aku tidak sebegitu. Aku tahu kelebihan dan kelemahan aku sendiri. Mungkin kerana gaya percakapan aku sendiri yang membuatkan teman-teman aku menganggap yang aku ini seseorang yang sebegitu.. Tetapi, ingin aku tegaskan yang aku BUKAN BEGITU.
Ramai yang terasa dengan aku disebabkan hal ini. Aku memohon maaf kalau korang semua ada terasa dengan aku. Bukan niat aku begitu, tetapi, kadang-kadang ia adalah diluar kawalan kalau aku ada meninggi suara terhadap kalian. Mungkin masa atau keadaan begitu aku tidak berada di dalam keadaan yang "waras" atau dalam erti kata lain aku buat sesuatu tanpa berfikir akan kesan yang akan timbul selepas itu.
Aku memang berazam untuk berubah diri aku yang sekarang ini. Harapan aku adalah aku ingin menjadi yang lebih baik dari semalam dan lebih baik lagi di masa hadapan. Aku betul-betul memohon maaf kalau selama ini ada yang terasa dengan tindak-tanduk aku pada masa yang lepas. Aku ingin terus perbaiki diri yang mempunyai banyak kelemahan ini supaya kawan-kawan aku berasa senang untuk terus bersamaku di masa senang dan susah di masa hadapan nanti.
p/s: Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.