Syukur

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku diberi lagi peluang untuk bernafas atas muka bumi Allah ini.

Sesungguhnya kebesaran tuhan itu jelas di mana-mana, cuma manusia kadang-kadang alpa dengan tanggungjawab yang telah diberi. Tidak lupa juga, dengan kelalaian manusia jugalah yang telah menghanyutkan manusia ke dalam lautan dosa.

Chehh... Mula-mula dah "berceramah". Tapi tak pa, muhasabah diri lah katakan.. 

Bila aku perhatikan sekeliling aku, baru aku perasan yang ada orang yang lagi lemah dari aku. Kekurangan yang ada pada setiap manusia itu memang Permanent. Yelah, bukan semua manusia itu sempurna. Bila difikirkan balik, aku bersyukur sebab kelebihan yang ada pada orang lain boleh dimanfaatkan dengan memberi bantuan kepada orang yang selain dari diri sendiri. 

Lama aku termenung, berfikir dan membuat kesimpulan. Adakah manusia masih ada lagi sifat syukur dalam diri masing-nasing ?? Wallahu'alam, hanya Yang Maha Esa saja yang tau keikhlasan manusia untuk bersyukur dan bertaubat. 

Ahhh.... Setahun jugak lah aku tak meng"update" blog, macam-macam ragam, insiden, moment yang berlaku sepanjang aku di Labuan, mencari ilmu. Seperti biasa jadual harian sebagai pelajar, esaimen, kelas, tutorial, dan aktiviti-aktiviti yang lain. 

Dalam pada itu jugak lah, aku berusaha meningkatkan keyakinan diri, jati diri; segalanya lah. Kadang-kadang ada masa kita leka juga dengan duniawi, tapi seimbangkan.

Apapun, nikmat-Nya tidak terhingga. Jumpa lagi dalam tulisan seterusnya.
:)

P/S: “Do what you can, with what you have, where you are.” 
― Theodore Roosevelt